Untuk kerjaya apa yang kita akan temukan adalah rezeki atas yang telah ditetapkn oleh-Nya. Aku pilih kerjaya untuk masa depan aku. dengan apa yang aku dapat adalah atas usaha aku sendiri. kenapa aku masih belum ditemukan jodoh atau cinta? kerana Allah beri aku peluang untuk menunaikan azam yang sekian lama aku dah pendam akan tetapi sehingga kini aku masih lagi berusaha untuk dapatkan dan tunaikan. setiap apa yang kita buat adalah satu kerjaya yang Allah dah bg pada kita untuk kita usaha. usaha itu penting bagi aku untuk tentukan kehidupan aku. untuk kerjaya inilah membuat aku rasa diri ini dihargai setiap apa yang kita lakukan. bukan sahaja usaha malah aku mencuba sesuatu yang tak diingin untuk memenuhi permintaan orang ramai. dengan kerjaya inilah aku akan dapatkan pengalaman yang ada. aku akan kumpul kenangan dan pengalaman yang aku usaha selama ini. aku happy dengan kerjaya apa yang aku buat sekarang. tiada sesiapa pun halang aku dan tak ada sesiapa pun akan pernah pandang aku dengan side yang tak pernah diduga. tetapi setiap orang lain, bagi aku orang itu hanyalah pembakar semangat aku. orang yang -ve itulah memberi aku kerjaya yang membuat aku tak putus-putus untuk berusaha sebab apa? Allah sentiasa akan ada dengan hambanya yang tak akan putus asa apa yang dibuat. akan terus berusaha dan terus berusaha dengan rasa tak jemu. tak lupa juga dengan berkat mak ayah dan keluarga yang sentiasa memberi aku semangat walaupun dengan penuh kemarahan, dengan kemarahan itulah membuat aku bertambah semangat. tak heran untuk aku terus berusaha. sebab aku ada keluarga yang akan menyokong aku berterus-terusan sehingga kini dan sampai bila-bila. selagi nyawa aku masih berpeluang untuk hidup, dengan peluang inilah aku akn buat yang terbaik untuk semua orang.
Untuk diluar sana, mohon maaf. Aku perlukan sedikit masa untuk dapatkan kerjaya aku dan impian aku. Aku tak perlukan cinta. cinta yang dimaksudkan itu adalah cinta kepada manusia. Aku mohon maaf, aku terpaksa menolak dan dengan apa yang aku ada bukan adalah untuk menolak takdir-Nya. Aku perlukan masa. Bukan untuk dicari dan bukan untuk mencari. Teruskanlah mencari orang lain. Aku tak perlukan kasih sayang dari sesiapa melainkan Allah swt dan keluarga. Aku perlukan cinta dan kasih sayang untuk diri sendiri. bukan untuk sesiapa. mohon maaf lagi sekali lagi.
aku tak pasti dengan perasaan aku sekarang. Jujur hati aku kosong tak ada apa-apa rasa pun terhadap sesiapa. apa yang aku katakan sebentar tadi, aku hanya perlukan masa untuk mengisikan hati yang kosong itu untuk penuhi rasa cinta tu. harap apa yang aku tulis ini satu rasa yang baik buat diri aku selepas ini. yang paling penting bagi aku sekarang adalah kerjaya dan keluarga aku. buat kali terakhir adalah untuk mencintai dan dicintai dan juga dilukai adalah kenangan aku 5tahun yang lepas.cukup itu sahaja kenangan yang aku dapat selama ini. tak akan berulang kembali buat selamanya. jujur aku tak perlukan kembali lagi. itu adalah satu cabaran aku yang telah Allah tetapkan ketika itu. aku bahagia dengan apa yang aku dapat sekarang. pasti ada hikmah. hikmah itu la aku dapat sehingga kini. aku happy dengan life aku. tak pernah terpikir kembali untuk temukan kenangan itu lagi. sekiranya anda telah membaca ini. aku harap anda faham kenapa aku menolak secara diam. Berdiam bukan untuk terus menghukum sesiapa yang bukan yang lepas. bukan aku nak menghukum dan bukan ada hak aku untuk menghukum.apa yang aku katakan tadi, aku perlukan masa untuk semua ini kembali. jujur 5 tahun yang lepas aku dah tak ingat apa itu cinta sebenar. serius aku tak perlu untuk tahu apa itu cinta yang sebenar. aku tak perlu dan aku tidak berminat untuk ingin tahu.
hari ini, apa yang aku tulis adalah satu luahan yang akan pasti aku tak akan pernah tahu apa itu cinta sebenar. aku tak berminat untuk tahu. hanya sekadar perkataan kawan sahaja yang aku boleh terima dengan hati yang terbuka. aku selalu berdoa pada Allah, adakah doa aku dimakbulkan? tapi aku faham dan aku terus berdoa untuk kebaikan aku dan akan datang. aku nak hidup dalam dunia aku. aku happy dengan apa yang ada sekarang. Kasih sayang keluarga itulah membuat aku bahagia.
terima kasih sudi membaca dan memberi semangat untuk aku terus hidup.